Rabu, 07 Oktober 2009

Kelebihan Sabar Ketika Menimpa Musibah


" Demi sesungguhnya! kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:

 "sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" Mereka itu orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat pertunjuk hidayatNya".[Al-Baqarah:155-157]

   Dari ayat diatas, ketika musibah mengucap innalilahi dengan lidah pun memberi manfaat dan menyebabkan balasan baik. Jika diucap sambil memahami artinya dari hati memberi kesan yang lebih baik serta mendatangkan ketenagan jiwa. Terjemahanya ialah : " Kita semua (serta harta dan diri sekali) merupakan milik Allah (dan pemilik berhak untuk menggunakan milikNya mengikut kehendakNya) Dan kita semua kembali kepadaNya' Yakin selepas mati semua mesti kembali kepadaNya di man balsan baik yang besar akan diperoleh karena kesemua kekurangan dan kesusahan di sini(dunia). Sepertimana apabila seseorang yang mengalami sesuatu kerugian dan ia mempunyai keyakinan yang sempurna bahawa lebih banyak berbanding dengan apa yang diruginya dia akan mendapat sebagai pampasan maka dia tidak akan merasai apa-apa samada susah hati atau duka cita kerana kerugian itu.
   Demikianlah apabila ada keyakinan yang sempurna bahawa balasan yang besar akan didapati dari Allah maka kesusahan walaupun sedikit tidak akan dirasainya. tetapi oleh karena keimanan dan keyakinan kita sangat lemah, maka sedikit sahaja kesusahan, kepayahan atau kerugian dirasai oleh kita sebagai musibah yang amat besar.
   Di dalam Al-Quran Allah S.W.T berkali-kali menyatakan bahawa dunia ini merupakan satu tempat ujian keras. Ujian dari bermacam-macam sudut menimpa. Kadang dari berlebihan harta, yaitu bagaimandiperolehnya dan bagaimana pula dibelanjakanya. Kadang kala dengan kesempitan, kemiskinan dan kelaparan, yaitu bagaimana disambut keadaan itu, sambil menjerit dan mengadu atau pun bersabar dan solat. itulah sebabnya berkali-kali disuruh bersabar dan bersolat dan minta bantuan dari Allah, tumpu perhatian kearah Allah . Berkali-kali diberitahu bahawa dalam ujian jangan menjadi begini, yaiitu kamu gagal dalm peperiksaan ini. Sebagai contoh nulkikan beberapa ayat seperti berikut:

Artinya : "Jadikanlah sabar dan solat sebagi penolongmu.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' "
    Hadrat Qatadah Rahmatulalai berkata bahawa kedua-dua itu merupakan pertolongan Allah;ambillah pertolongan denganNya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Niki & Miki

COLDPLAY

Sign

by dunk on august

still undergoing a massive construction process.!

2009-2011@copyright