Masih dengan seluar pendek biru
dan baju kartun spiderman, bau terik matahari melekat pada sekujur tubuhku….
Rahib menghampiri aku sambil tersenyum bangga dan ditangannya ada mainan yang
baru dibeli abahnya….Ada banyak tombol kat situ warna warni lagi…tekan hijau
bunyi macam bunyi telifon, tekan merah bunyi lain pula..canggih…
“Aiko tengoklah mainan yang abah aku beli lawa” aku berdiri melihatnya
dan cuba
untuk memegananya…
“ ish kau mana boleh pegang nati rusak…..kau
nak suruhlah ayah kau beli, mahal ni”
“ aku nak tengok je..kedekut betul “
Dengan bongkak Rahib menekan
tombol-tombol mainan yang dipegang sebelah kiri sesekali melihat aku dengan
senyum ngejek… Aku mengebas pasir-pasir yang melekat kat buntut aku dan aku
berjalan masuk rumah meninggalkan Rahib yang sombong sendiri di situ.
“Mak ayah nak gi mana? Nak ikut?”
“Tak yah ikut mandi pun tak”
sambil mak memakai bedak kat mukanya…
Aku tak berani nak membantah….aku
diam je dan aku pergi kat depan rumah melihat ayah tengah panaskan engine kete.
Ada idea
bijik….ayah biar je kete menyala dan masuk ke dalam rumah…aku masuk pintu
belakang kete aku menyorok kat belakang tempat duduk Ayah…aku duduk bersipuh
kat situ di antara kerusi depan dan belakang dan memastikan mak dan ayah tak menyedari
yang aku ada dalam kete jugak….
Aku Cuma diam je mendengar dialog
mak dan ayah aku, yang mak nak beli barang dapur kat super market…rasa nak
batuk pula tapi aku tahan aja, kan kau bersuara mak ayah tau yang aku ada kat
belakang kerusi ayah… selang 15 minit kereta berhenti, mesti dah sampai kat
depan supermarket ni….
“taraaaa…..mak
ayah!” sambil tersenyum tak bersalah aku keluar dari tempat persembunyian
…
“bertuah sungguh budak ni……buat apa kat situ”
mak terperanjat sambil tersenyum mungkin kelakar tengok aku, boleh tak sedar
yang aku ada kat belakang dari tadi…Ayah Cuma tersenyum…
“Nak ikut turun” sambil aku membetulkan rambut
dan mencari slipar.
“boleh tapi jangan minta apa-apa”
…aku membalas dengan anggukan….
Rasa tak boleh tidur pula, teringat
Rahib dan mainanya, bercakap sendiri…macam mana aku nak beli mainan macam Rahib
ye? Tadi kat supermarket dah minta kat mak, mak pula tak kasi..minta kat ayah
pun sama…berapa harga mainan tu ye?..esok ada pasar malam cuba cari kat sanalah mungkin ada
yang jual….
Dah pukul 6 petang, kat hujung
jalan dah ramai tengok orang kesana dan gerai-gerai jual pasar malam dah buka
semua… Aku masuk bilik Kak Fiza tak de orang ternampak dompet kat atas meja
belajar kak Fiza.
“nak buka tak ye”..sesekali aku
tengok ke belakang takut-takut kak Fiza masuk bilik, dengan keberanian yang
spara aku buka dompet coklat, ada 5 lembar duit warna merah dan 1 warna ungu
dan 1 warna coklat. Kat dahi dah keluar peluh menggigil aku pegang duit tu…aku
tarik 2 lembar kertas warna merah dan aku tutup balik dompet dan taruk di atas
meja. Aku cepat-cepat keluar bilik.
Ramainya orang…aku mencari-cari
gerai yang jual mainan akhirnya aku jumpa juga, Macam burung helang aku mencari
mainan yang sama dengan Rahib punya.. Aku terpaku dengan mainan yang warna pink
yang banyak tombolnya, sebijik macam Rahib punya aku tersenyum…
“Abang yang tu berapa?”
Abang yang jual mainan tu heran
tengok aku…sesekali aku telan liur takut nanti dia tau aku curi duait akak
aku…tapi macam mana dia nak tau bukan dia nampak..
“Yang mana?...yang ni ke?.....kalau yang ni 9
ringgit 90sen kalau yang itu 15ringgit”
Aku melihat dan minta
memegangnya….abang yang jual tu macam nak tak nak je nak bagi aku tengok… .Aku
dah tak peduli aku nak beli juga…
“Abang saya nak yang warna pink
tu…bunyi-bunyikan kalau tekan tombolnya kan ?”
Aku merunggus kocek seluar pendek
dan mengeluarkan 2 lembar duit warna merah.
“Abang kalau duit ni
cukupkan?”aku menghulur 2 lembar duit kertas warna merah..
“ ye cukup…banyak duit dapat kat
mana?” tiba macam nak lari pula aku, dia tau ke aku curi duit Kak Fiza… dengan
teragak-agak aku menjawab…
“ma…k yang bagi” tak taulah muka
aku dah macam apa cermin pun tak de kat depan pucat tak muka aku…..
“betul ke ni…” Abang yang jual tu
cam tak percaya…. Kali ni aku mengangguk
je.
Abang tu menyerahkan kembali satu
lembar kertas merah yang aku bagi kat dia dan 10sen… Mainan dah ada kat tangan
aku…..aku senyum puas akhirnya aku dapat mainan cam Rahib….Sambil jalan balik
rumah aku tekan semua tombol yang ada kat mainan tu…seronok sangat…Hampir buat
aku lupa nak buat apa dengan 1 lembar lagi duit ni….tiba-tiba terasa takut
menyelubungi…macam-macam yang bercakap kat dalam fikiran aku…. Nanti mak tau?
Kak Fiza tau? Abang tau mesti aku kena pukul, aku kan mencuri….Kenapa aku mencuri? Ni kali
pertama aku ambil duit tak mintak…Habis kalau aku tak ambik bukannya dia orang
nak beli mainan kat aku. Aku mengeluarkan duit tadi dan aku mengoyaknya dan aku
simpan lagi kat dalam poket seluar…aku sembunyi mainan dalam baju supaya orang
kat rumah aku tak tau.
Aku tak sabar sangat nak main mainan itu aku masuk bilik aku kunci bilik aku main jap tekan tombol merah, hijau, kuning seronok sangat....aku keluar bilik lagi...15 minit aku masuk lagi aku buat hal yang sama...Kak Fiza tengok aku nampak macam pelik..
"Aiko buat apa kat dalam bilik kenapa kunci pintu..mesti ada yang tak kena ni!" kak Fiza mengetuk pintu bilik.... Aku tergopoh gapah membuka pintu aku lempar mainan aku kat dalam almari.... Kak Fiza mengselongkar semua barang-barang dalam bilik akhirnya dia jumpa juga mainan aku...
"Mana Aiko dapat mainan ni?"...
"Kawan bagi"....sambil menelan liur....
"Jangan nak cakap bohong mana Aiko dapatkan mainan ni" kali ini kak Fiza menyelongkar lebih banyak lagi, dalam lemari, bawah katil, dalam buku...macam seorang polis pulak aku tengok akhirnya di ambil kertas merah yang aku koyak petang tadi..... "mampuslah akau kali ni"...
"patutlah kat dompet tadi hilang 20ringgit duit aku...oooo kamu yang curi ya" kak Fiza menarik telinga aku dan bawa aku keluar bilik..
"Kecik-kecik dah mencuri siapa yang aja....mak Aiko dah pandai mencuri sekarang!"
Mak mengambil lidi kat belakang pintu dan menyebat aku...punyalah sakit aku melolong menagis kesakitan....
"maaf kak.... maaf mak...Aiko tak buat lagi....Aiko janji....mak sakit......."
Tobat dah selepas ini aku tak nak mencuri lagi dah perit...... aku tidur dalam sedu di sudut bilik ku....
nakalnyo aiko nihhhh!!
BalasHapusHeheh Aiko nakal sikit je.....
BalasHapus