satu permulaan yang hakiki,
dengar kabar gembira buat tersenyum,
barakah menebar dengan cahaya di segenap hati,
menanti dengan penuh harapan cahaya hati,
duhai ketulan daging yang akan menjadi,
dengarlah bahawa hati ini menanti,
memanjat doa syukur pada Sang Pencipta
semoga kelak kau anakku sehat dengan nur gemilang dunia akhirat,
saban hari tangan ini memohon pada Ya Robbilalamin,
Engkau Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui,
tabahkan hati kami Ya Robbilalamin,
hanya Enkau Yang Maha Mengerti,
kami hamba Mu yang lemah lagi daif,
pada Mu hanya tempat kami memohon,
pada Mu hanya tempat kami bergantung,
ketuklah pintu hati kami supaya dekat dengan Mu,
lindungilah sengenap ruang hidup kami dengan Hidayah dan Barokah Mu Ya Aziz,
sempurnakan lah hajat kami Ya Rahman Ya Rahim,
Beri kesehatan kepada bakal anak kami dan bonda ku Ya Allah Ya Karim..
Bukakan lah pintu rezeki kepada kami Ya Allah yang Maha Memberi...
tanpa lindungan Mu celakalah hidup kami..nauzubbillah minzaliq..
duhaia anak ku,
kelak kau jadi anak soleh berbakit kepada agama ibubapa dan negara,
kelak kau pelindung untuk keluargamu,
kelak kau sentiasa murah senyuman seperti mana dengan hati mu yang bersih,
kelak kau buat kami tersenyum dengan kebaikanmu anak
kelak kau sentiasa menghormati segenap makhluk yang ada di muka bumi,
kelak hati kau penuh dengan ke imanan ketakwaan ke Pencipta mu..
amin...amin Robbilalamin..
Barokallahulakum..
Pengantar Teknik Industri
14 tahun yang lalu